Arab Saudi Membeli Pegangan Sebanyak 5% Pada Nintendo

Arab Saudi melalui badan pelaburan mereka, kini telah membeli pegangan sebayak 5% pada syarikat permainan terkemuka, Nintendo.

Untuk makluman, sebelum ini Arab Saudi turut telah mendapatkan peganga pada sejumlah syarikat permainan, termasuk Capcom dan Koei Tecmo. Arab Saudi juga turut mempunyai pegangan pada Activision Blizzard sebelum ini, yang mana telah diambil-alih oleh Microsoft pada Januari lepas.

Dengan langkah pelaburan ini, Arab Saudi dilihat mempelbagaikan lagi portfolio mereka, sekaligus mencorak kepada ekonomi baharu untuk negara tersebut.

Sebelum ini juga, Arab Saudi telah memperkenalkan syarikat permainan video dan esukan sendiri, dinamakan Savvy Gaming.

Sohor Kini