MCU fasa keempat dilihat akan menjadi fasa yang paling besar dan mungkin akan berlarutan pada jangka masa yang agak lama sebelum fasa lain bermula. Memasuki fasa baharu ini, strategi Disney dan Marvel Studios telah berubah kerana mereka mula menawarkan siri TV di Disney+ yang berakit secara terus dengan MCU.

Dengan konsep Multiverse, rentas-masa, rentas-dimensi dan wujudnya variasi lain watak sama dalam MCU diperkenalkan – Marvel berpeluang untuk lakukan banyak perkara yang boleh memuaskan hati peminat.

Kita sudah tahu yang Spider-Man: No Way Home akan menyertakan Electro, Doc. Ock, Green Goblin juga dikatakan akan terlibat serta kesemua pelakon Spider-Man daripada filem-filem lama. Ada khabar angin menyatakan yang walaupun pelakon sama memainkan watak-watak sama, mereka mungkin adalah Variant lain daripada garis masa lain.

Siri TV Netflix X Marvel juga dikatakan watak-wataknya akan memasuki MCU. Antaranya adalah Matt Murdock/Daredevil yang dikatakan akan terlibat dengan Spider-Man dan She-Hulk. Terkini, Vincent D’Onofrio dilaporkan akan kembali sebagai Kingpin dalam siri TV Hawkeye. Beliau dikatakan akan muncul dalam episod kelima dan mungkin berkait dengan watak Echo.

Perkara ini disahkan lagi selepas pelakon itu sendiri menyukai ciapan daripada sumber dan terus nyahsuka kembali. Siri TV ini dikatakan akan disiarkan pada bulan Disember, sama dengan bulan Spider-Man: No Way Home ditayangkan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply