Spider-Man 3 mungkin akan menjadi filem Spider-Verse aksi nyata apabila ramai pelakon lama dilaporkan akan kembali memainkan watak lama masing-masing. Kita sudah kedengaran yang Jamie Foxx akan kembali sebagai Electro, Andrew Garfield sebagai Spider-Man, Alfred Malino sebagai Doc Ock, mungkin juga Tobey Maguire akan kembali sebagai Spider-Man.

Bukan itu sahaja, Kristen Dunst dan Emaa Stone akan kembali sebagai MJ dan Gwen Stacy. Tidak lupa juga yang J. Jonah Jameson lakonan J.K. Simmons mempunyai kontrak untuk filem-filem dalam MCU. Tetapi, setiap watak ini mungkin sedikit berbeza. Electro misalnya dilaporkan tidak akan berwarna biru. Ini mungkin kerana sudah naik taraf atau dari dunia lain.

Terkini, menjadikan filem Spider-Man 3 arahan Jon Watts ini lebih gempak adalah kembalinya Willem Dafoe sebagai Green Goblin dan Thomas Haden Church juga akan kembali sebagai Sandman. Menurut sumber, perjanjian bagi kedua-dua pelakon ini masih belum selesai lagi dan mereka masih dalam perbincangan. Jika sudah berjaya, apakah yang Disney, Marvel dan Sony bawakan kepada watak ini?

Jika Electro boleh menjadi berbeza, adakah kita akan melihat rekaan asal Green Goblin yang mana bukan memakai topeng tetapi seakan organik yang kelihatan seakan makhluk asing? Sandman pula mungkin akan lebih mengikut komik? Tiada siapa yang tahu!

Apa yang jelas hanyalah, WandaVision dan Spider-Man 3 akan berkait secara terus dengan Dr. Strange in the Multiverse of Madness.

Sohor Kini