Jamie Foxx adalah pelakon yang baik, berbakat dan ada pengalaman dalam filem-filem adiwira. Antara yang terbaru adalah filem Project Power dalam Netflix. Sebelum itu pula, beliau pernah memainkan watak penjahat dalam filem The Amazing Spider-Man 2 sebagai Electro.

THE AMAZING SPIDER-MAN 2, Jamie Foxx, 2014. ©Columbia Pictures/courtesy Everett Collection

Terkini menurut The Hollywood Reporter, Jamie Foxx akan kembali lagi sebagai Electro untuk filem ketiga Spider-Man dalam dunia MCU. Ini menimbulkan persoalan, adakah filem The Amazing Spider-Man sebelum ini juga MCU? Umum sedia maklum yang filem Spider-Man dalam MCU adalah kerjasama antara Sony dan Disney/Marvel, yang mana Sony juga mempunyai dunia Spider-Man mereka sendiri.

Tidak pasti lagi bagaimana jalan cerita bagi filem ini dan bagaimana Electro (versi Jamie Foxx) boleh bertembung dengan Spider-Man (Tom Holland). Jon Watts kekal sebagai pengarah untuk filem Spider-Man ketiga ini dan ramai pelakon asal turut akan kekal dalam filem ini?

Semasa filem Spider-Man: Far From Home, Sony telah pun mengembalikan watak J. Jonah Jameson – yang mana adalah pelakon yang sama dalam trilogi Spider-Man iaitu J.K. Simmons. Jadi dengan membawa kembali watak dari filem lama Spider-Man ke dunia MCU, adakah akan ada lagi watak lain dengan pelakon sama kembali?

Sohor Kini