Antara siri TV yang menarik di Disney+ adalah Hawkeye. Ia dijangka akan disiarkan pada tahun ini pada sekitar penghujung tahun. Siri TV ini akan memfokuskan kehidupan Hawkeye selepas Endgame dan turut akan memperlihatkan aksi Hailey Steinfield yang menjadi Hawkeye baharu, iaitu anak didik Clint Barton.

Selain itu, siri TV ini juga dijangka akan menceritakan kisah silam Hawkeye. Antara persoalan yang masih belum dijawab adalah peristiwa beliau dengan Natasha Romanoff di Budapest dan aksi beliau sebagai Ronin. Dalam Instagram Jeremy Renner, beliau mendedahkan beg anak panah dengan logo S.H.I.E.L.D. Dalam dunia MCU, S.H.I.E.L.D. sudah mati dan digantikan dengan S.W.O.R.D. (mula diperlihatkan dalam Spider-Man: Far From Home dan WandaVision). Jadi sah di sini, ia adalah kisah silam.

Ada juga khabar angin menyatakan Scarlett Johansson akan kembali beraksi sebagai Black Widows dalam salah satu adegan imbau-kembali dalam siri TV ini. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini