Spider-Man 3 kini sedang dalam penggambaran. Ia adalah sekuel kepada filem Spider-Man: Homecoming dan Spider-Man: Far From Home. Filem ini adalah hasil kerjasama antara Sony dan juga Disney, yang mana diolihat menarik perhatian orang ramai. Walaupun Tom Holland diminati ramai, tidak dinafikan ramai peminat Spider-Man merindui pelakon-pelakon lama.

Filem Spider-Man 3 akan menyertakan Dr. Strange, yang mana akan memainkan peranan penting. Dr. Strange dilaporkan akan menjadi mentor kepada Peter Parker/Tom Holland bagi menggantikan Tony Stark. Ini memberi petanda yang Spider-Man 3 akan ada kaitan rapat dengan sekuel Dr. Strange in the Multiverse of Madness. Filem sekuel Dr. Strange ini akan menyertakan Scarlett Witch dan akan berlakunya rentas-dunia.

Salah satu yang disahkan adalah Jamie Foxx akan kembali sebagai Electro. Tetapi beliau tidak akan berwarna biru, memberi petanda yang ini adalah Electro dari dunia lain atau mungkin tekah dinaiktaraf. Seterusnya, ada ura-ura yang Toby Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland akan sama-sama beraksi. Walaupun masih belum ada pengumuman rasmi, Sony tidak menafikan perkara ini.

Saluran YouTube Sony Latin Amerika kini hadir dengan video yang memperlihatkan aksi-aksi Spider-Man Toby Maguire, Andrew Garfield dan Tom Holland. Video ini menyatakan, tidak lagi perlu memilih siapakah Spider-Man kegemaran. Anda mungkin boleh saksikan ketiga-tiga Spider-Man ini di dalam Spider-Man 3. Dalam dunia Multiverse Marvel, apa jua boleh berlaku dan sama-sama kita nantikan.

Adakah ini bermakna Sony mengesahkan kemunculan ketiga-tiga Spider-Man ini? J. Jonah Jameson juga disahkan sudah merakam bahagian beliau untuk sekuel-sekuel Spider-Man.

Sohor Kini