Semalam, telah kami laporkan yang akhirnya Hailee Steinfield sah menjadi Kate Bishop di dalam siri TV Hawkeye. Selepas setahun mendengar ura-ura ini, akhirnya watak beliau disahkan. Siri TV ini sedang berada dalam penggambaran, yang mana disasarkan untuk disiarkan pada tahun 2021.

Terkini, Variety tekah berkongsi senarai pelakon lain untuk siri TV ini. Selain dari Jeremy Renner dan Hailey Steinfield, Vera Farmiga, Florence Pugh, Fra Fee, Tony Dalton, Alaqua Cox, dan Zahn McClarnon turut akan terlibat dalam siri TV ini. Berikut adalah watak-watak mereka;

  • Vera Farmiga – Eleanor Bishop (ibu kepada Kate Bishop)
  • Florence Pugh – Yelena Belova (adik kepada Black Widow)
  • Fra Fee – Kazi (mungkin Kazimierz Kazimierczak, badut pembunuh)
  • Tony Dalton – Jacques Duquesne (turut dikenali sebagai Swordsman)
  • Alaqua Cox – Maya Lopez (atau nama penjahat Echo, kuasa seakan Taskmaster)
  • Zahn McClarnon – William Lopez (bapa kepada Maya Lopez, turut dikenali sebagai Crazy Horse)

Jalan cerita masih lagi kabur. Dengan penglibatan Florence Pugh sebagai adik Black Widow, Ini mungkin akan ada kaitan dengan peristiwa Budapest yang kerap disebut oleh Black Widow dan Hawkeye dalam filem Avengers. Tony Dalton pula memainkan Swordsman, yang mana beliau adalah antara mentor awal Hawkeye dan turut pernah menjadi adiwira dan penjahat dalam komik.

Alaqua Cox yang memainkan watak Maya Lopez atau Echo – mempunyai kuasa yang sama mirip dengan Taskmaster. Beliau boleh menyalin pergerakan musuh dan sukar untuk ditewaskan. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai siri TV Hawkeye di Disney+.

Sohor Kini