Seorang lagi pelakon yang dilaporkan akan kembali ke francais filem Spider-Man ialah Alfred Molina yang akan memainkan semula watak Otto Octavius ataupun Doctor Octopus didalam filem Spider-Man yang dibintangi Toby Maguire tersebut.

Petikan artikel Spider-Man 3 Akan Dibintangi Para Pelakon Filem Spider-Man Yang Lepas

Disember tahun lepas kami laporkan yang filem Spider-Man: No Way Home akan dibintangi oleh pelakon-pelakon daripada filem Spider-Man laman. Ini mengesahkan yang filem ini akan menjadi titik permulaan konsep Multiverse dalam MCU. Filem ini juga akan berkait dengan siri TV WandaVision dan filem Dr. Strange in the Multiverse of Madness.

Antara pelakon yang dilaporkan akan kembali adalah Toby Maguire – Spider-Man filem trilogi oleh Sam Raimi, Andrew Garfield – Spider-Man dalam dua filem The Amazing Spider-Man, Jamie Foxx kembali sebagai Electro, Alfred Molina sebagai Doc Ock, William DaFoe mungkin kembali sebagai Green Goblin dan ramai lagi. Variety telah menerima temubual eksklusif dengan Alfre Molina dan beliau telah mengesahkan yang beliau akan kembali beraksi sebagai Doc Ock dalam filem ketiga Spider-Man.

Pelakon yang memainkan watak saintis Otto Octavius menyatakan beliau gembira dapat kembali berlakon watak yang sama selepas 17 tahun. Walaupun dalam filem Spider-Man 2 watak ini mati, dalam dunia Spider-Man No Way Home ini tiada sesiapa yang mati. Turut dilaporkan adalah, adegan beliau akan bersambung terus daripada penamat filem Spider-Man 2 yang mata Doc Ock mati lemas. Tetapi mungkin disebabkan Multiverse ini adalah dunia lain atau garis masa lain, ada pengakhiran yang Doc Ock tidak mati lemas. Disebabkan usia beliau sudah 67 tahun dan akan bersambung dari adegan yang sama, CGI akan digunakan untuk menjadikan beliau kelihatan muda. Teknik sama pada Tony Stark muda dalam Captain America: Civil War.

Walaupun Sony dan Marvel masih tidak mengesahkan apa-apa lagi, tetapi Alfred Molina sudah sahkan dan laporan awal Jamie Foxx beliau juga sahkan akan kembali tetapi dengan rekaan baru – filem Spider-Man No Way Home akhirnya akan menggabungkan kesemua generasi filem Spider-Man di dalam satu filem.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini