Netflix Geeked sudah tiba ke penghujung dengan siaran penstriman langsung terakhir pada malam tadi. Hari terakhir adalah hari di mana majoriti pengumuman adalah mengenai kandungan yang diadaptasi daripada permainan video dan juga permainan video itu sendiri.

Kami sudah tulis tulis laporan untuk beberapa kandungan yang diumumkan. Di dalam ini, kami kumpul kesemuanya berserta dengan imej, video acah dan beberapa informasi tambahan yang ada.


The Witcher S02

Seperti yang anda semua sedia maklum, The Witcher adalah berasal daripada novel yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski. Kedua-dua permainan video dan siri TV di Netflix hanya menggunakan hak intelek yang sama, tetapi mempunyai penceritaan yang berbeza.

Memandangkan musim pertama mendapat sambutan yang baik, CD Projekt RED dan Netflix mengumumkan di Twitter, sesuatu berkaitan The Witcher dan The Witcher musim kedua akan diumumkan pada acara WitcherCon 10 Julai ini masa Malaysia pada 1 pagi dan kandungan eksklusif pada 9 pagi. Mungkin jalan cerita ikut permainan video?

Arcane

Akan tiba pada penghujung tahun ini, khusus untuk peminat permainan video League of Legends (LoL) – siri anime Arcane akan disiarkan. Ia adalah pertama daripada Riot untuk hadir dengan sebuah siri TV tersendiri. Siri ini berlaku di Piltover dan fokus kepada penghuni Zaun yang ditindas. Sepa jang siri ini, ia akan menceritakan kisah dua watak ikonik LoL Jinx dan juga Vi.

The Cuphead Show!

Siapa yang gilakan permainan video, anda mesti kenal Cuphead dan Mugman. Seperti yang anda tahu, ia akan diadaptasi menjadi siri animasi. Ia akan fokus kepada pengembaraan mereka berdua di Inkwell Isles. Gaya animasi adalah seakan animasi vintaj. Wayne Brady mengumumkan yang beliau adalah King Dice untuk siri animasi ini. Tarikh siaran akan diumumkan nanti.

Castlevania

Castlevania baru sahaja ditamatkan dengan musim keempat. Tetapi tamat tidak bermakna sudah masa untuk mendiamkan diri. Dengan sambutan yang baik, Netflix menggunakan peluang ini untuk kembangkan lagi dunia Castlevania.

Siri ini akan fokus kepada Richter Belmont, keturunan Sypha and Trevor. Maria Renard juga akan memainkan peranan di dalam dunia revolusi Perancis tahun 1972. Siri animasi ini masih lagi sedang dibangunkan.

Captain Laserhawk: A Blood Dragon Remix

Netflix dan Ubisoft bekerjasama untuk siri animasi baharu yang digabungkan dengan hak-hak intelek Ubisoft yang lain. Ia dihasilkan oleh Adi Shankar, iaitu individu yang sama menjayakan Castlevania. Siri animasi tidak menjadi masalah untuk menggabungkan banyak IP kerana filem Bootleg Universe.

Ia berlaku pada tahun 1950, dunia sudha bergantung kepada autonomi dan Eden – iaitu syarikat teknologi gergasi membayar semua orang untuk mengawal populasi. Watak utama adalah askar sibernetik Dolph Laserhawk, yang membebaskan diri daripada Eden bersama Alex untuk merompak daripada majikan mereka.

Siri ini juga dikatakan akan memberikan pelbagai rujukan dan tanda hormat kepada permainan video 1980-an. Animasi juga adalag gabungan gaya Game Boy, PS2 dan CGI dengan tema animasi 1980-an.

Splinter Cell

Berdasarkan siri Tom Clancy, permainan video aksi, tembak-menembak popular – ia akan diadaptasi menjadi siri animasi. Jika anda suka John Wick, suka aksi dalam The Falcon and the Winter Soldier – Derek Kolstad akan bertanggungjawab untuk siri animasi ini.

Far Cry

Tidak banyak butiran yang dikongsi, tetapi permainan video Far Cry yang terkenal dengan pelbagai jenis penjahat ini akan menerima adaptasi siri animasi daripada Netlfix. Masih tiada butiran jelas lagi, tetapi permainan video terbaru mereka Far Cry 6 akan tiba Oktober ini. Mungkin ada kaitan? Sama-sama kita nantikan.

Resident Evil

Siri TV aksi nyata Resident Evil turut akam dihasilkan di Netflix. Ia akan mempunyai lapan episod dengan dua penceritaan di garis masa berbeza. Siri ini akan beri fokus kepada Billie dan Jade Wesker yang baru pindah ke Racoon City ketika kanak-kanak. Kemudian apabila sudah dewasa, 15 juta manusia sahaja tinggal di bumi kerana sudah ada lebih 6 bilion raksasa dan zombi mengganas.

Lance Reddick, Ella Balinska, Tamara Smart, Siena Agudong, Adeline Rudolpf dan Paola Nunez adalah antara pelakon yang akan berlakon dalam siri TV ini.


Itu sahaja untuk acara pertama Netflix Geeked, minggu Geeked. Banyak siri TV, siri animasi, pelbagai filem diumumkan sepanjang minggu ini. Ada yang sudah disiarkan, ada yang baru disiarkan semalam dan ada juga akan tiba dalam masa terdekat ini. Paling tidak sabar adalah yang diumumkan awal, tetapi tiada sinopsis dan tiada tarikh siaran.

Ada juga banyak lagi perkara menarik yang berlaku, seperti temubual, permainan antara pelakon, kuiz, di sebalik tabir dan lain-lain. Anda boleh tonton semua ini di platform–platform media sosial Netflix. Jika anda terlepas, anda boleh klik pautan di bawah untuk lihat pengumuman mengikut hari;

Sohor Kini