Pada bulan lepas, Netflix dan Riot Games telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan siri animasi berdasarkan permainan popular MOBA League of Legends. Siri tersebut menggunakan judul Arcane dan mereka telah memperlihatkan satu video ringkas yang memperlihatkan beberapa watak yang akan tiba.

Hari ini, semasa acara Geeked Week, Netflix telah berkongsi treler baharu dan memfokuskan kepada Jinx yang melepaskan amarah sambil memperlihatkan imbasan kakaknya iaitu Vi. Seperti diumumkan sebelum ini, siri animasi ini akan memfokuskan kepada watak Jinx dan juga Vi.

Animasi untuk siri ini akan dihasilkan oleh Fortiche Productions yang banyak menghasilkan animasi pendek untuk produk-produk promosi Riot Games termasuk juga video muzik untuk lagu K/DA iaitu POP/STARS. Siri ini dijangka akan tiba pada akhir tahun ini.

Sohor Kini