Bagi yang mengikuti siri The Witcher, mesti mengetahui yang walaupun ia adalah adaptasi daripada novel yang sama iaitu ditulis oleh Andrzej Sapkowski, namun dunia The Witcher yang dihasilkan oleh CD Projekt Red melalui trilogi permainan mereka adalah berbeza dengan dunia yang dihasilkan oleh Netflix melalui siri TV.

Berbanding peminat dipecahkan, CD Projekt Red dan Netflix tampaknya akan menganjurkan acara bersama untuk menyambut siri tersebut iaitu WitcherCon yang akan dianjurkan pada 9 Julai. Mereka mengatakan yang melalui acara ini pengunjung akan berpeluang untuk mengetahui lanjut mengenai pembangunan siri TV dan juga permainan The Witcher.

WitcherCon akan berlangsung secara digital dan anda boleh mengikutinya melalui Youtube dan juga Twitch pada 9 Jun ini.

Sohor Kini