Netflix sebelum ini telah mengumumkan yang musim keempat untuk siri animasi Castlevania adalah musim terakhir untuk penceritaan Sypha dan Trevor. Namun, mereka mengatakan yang ia akan menerima siri sampingan yang akan membawa penceritaan baharu.

Hari ini, ketika acara Geeked Week bersempena dengan Summer Game Festival, mereka telah mengumumkan yang siri baharu tersebut akan memfokuskan kepada watak Richter Belmont iaitu anak kepada Sypha dan Trevor. Manakala bagi latar masa pula ia akan berlaku pada tahun 1790-an iaitu ketika kejadian Revolusi Perancis.

Buat masa ini, Netflix tidak berkongsi tarikh pelancaran untuknya, akan tetapi dengan musim keempat untuk siri asal Castlevania tiba pada tahun ini, siri baharu ini seawal-nya mungkin akan tiba pada tahun hadapan.

Sohor Kini