Minggu Netflix Geeked masih lagi berlangsung, di mana hari ini adalah hari yang ketiga. Setiap hari semakin banyak kandungan diumumkan. Untuk hari ketiga, tema kandungan adalah misteri, seram, suspen dan lain-lain yang berkaitan.


Trilogi Fear Street

R.L. Stine atau lebih dikenali sebagai Stephen King untuk kanak-kanak dan remaja, adalah penulis novel seram terkenal. Novel Fear Street beliau diadaptasi ke filem aksi nyata oleh Netflix dan merupakan trilogi filem seram yang akan disiarkan setiap minggu selama tiga minggu berturut-turut.

  • Fear Street Part 1: 1994
    • Sekumpula remaja di bandar Shadyside menemui rahsia di sebalik bandar diduduki mereka. Di mana a terdapat kes pembunuhan misteri berlaku sejak 300 tahun tanpa henti.
  • Fear Street Part 2: 1978
    • Di masa silam, seorang penduduk Shadyside dirasuk untuk menjadi pembunuh misteri legenda dan beliau adalah peserta untuk satu aktiviti perkemahan Camp Nightwing. Peserta lain prlu mencari jalan utuk kekal hidup.
  • Fear Street Part 3: 1666
    • Lebih jauh di masa silam, iaitu 1666 – rahsia di sebalik pembunuh misteri diceritakan. Di sinilah asal-usul kes pembunuhan misteri di bandar Shadyside bermula.

Siaran akan bermula pada 2, 9 dan 16 Julai 2021 – 3 petang.

Trese

Diadaptasi daripada novel grafik Filipina dengan judul sama, Trese adalah anime seram yang berlaku di Manila mengisahkan raksasa mitos orang temapatan. Seorang detektif Alexandra Trese, bersemuka dengan penjahat dan banyak perkara luar biasa mula berlaku dalam siri anime 6 episod ini.

Akan disiarkan pada 11 Jun, 12 pagi.

The School for Good and Evil

Diadaptasi daripada novel hexalogi karya Soman Chainani, The School for Good and Evil. Ia adalah cerita fantasi dongeng yang berlaku di Endless Woods. Trilogi pertama mengisahkan pengembaraan Sophie dan Agatha di asebuah sekolah magis, di mana pelajar dilatih menjadi baik atau jahat. Trilogi kedua menceritakan kisah cinta Agatha dengan Raja Tedros di zaman Camelot dan Sophie adalah penjahat.

Ia akan hadir dalam bentuk filem pada tahun 2022 akan datang.

Awake

Sebuah filem dunia kiamat dengan iterasi unik, iaitu berlakunya satu kejadian – manusia tidak lagi boleh tidur. Apabila seorang kanak-kanak mengaku beliau boleh tidur, Si Ibu cuba lakukan yang terbaik untuk melindungi anak beliau.

Sudah mula disiarkan sejak 9 Jun 2021.

Black Summer

Sebuah siri TV zombi yang berlaku di musim sejuk. Rose perlu menjadi berani dan tabah untuk menyelamatkan anak beliau Anna. Siri ini akan bersambung dengan musim kedua tidak lama lagi.

Musim kedua akan disiarkan pada 17 Jun, 3 petang.

Stranger Things 

Semalam telah kami umumkan, podcast audio untuk prekuel kepada musim ketiga Stranger ThingsRebel Robin: Surviving Hawkins. Untuk musim keempat siri TV ini, Netflix telah menambah empat pelakon baru Amybeth McNulty, Myles Truitt, Regina Ting Chen dan Grace Van Dien.

Amybeth akan memainkan watak Vickie, seorang yang skema, bercakap pantas dan acah cool. Myles pula memainkan watak Patrick, pemain bola keranjang Hawkins yang popular, hidup bahagia – tetapi peristiwa di bandar Hawkins memusnahkan hidup beliau. Regina memainkan watak guru kaunseling yang sangat penyayang, Ms. Kelly. Akhir sekali, Grace akan memainkan peranan sebagai Chrissy – ketua pasukan sorak yang penuh dengan rahsia.


Untuk hari keempat, Netflix Geeked akan mendedahkan siri dan filem animasi pula. Antara yang ramai tidak sabar nantikan informasi baharu adalah – Master of the Universe: Revelation, Godzilla: Singular Point, dan juga Resident Evil: Infinite Darkness.

Sohor Kini