Netflix Geeked diteruskan untuk hari kedua. Hari pertama mereka sudah umumkan banyak siri TV dan filem yang menarik. Untuk hari kedua, mereka fokuskan kepada kandungan yang diadaptasi daripada komik pula. Seperti semalam, kebanyakan pengumuman ini adalah informasi tambahan kepada beberapa fakta yang sudah pun mereka dedahkan sebelum ini.

Jadi, tidak semua akan ada tarikh siaran, masa atau juga video acah.


The Umbrella Academy Musim Ke-3

Kepada siapa yang menonton siri The Umbrella Academy, anda pasti tidak sabar untuk lihat apa yang akan mereka sampaikan dalam musim ketiga. Paling penting, pengakhiran musim kedua sebelum ini yang amat mengejutkan – apakah yang akan mereka lakukan antara Sparrow Academy dan juga Umbrella Academy? Adakah semua akan kembali normal, atau bala memang akan mengikut mereka ke mana sahaja? Musim ketiga akan disiarkan dengan 10 episod.

Money Heist Musim Ke-5

Tiada apa yang begitu menarik, selain daripada beberapa imej baharu daripada musim kelima bahagian pertama yang Netflix kongsi dalam hari kedua Geeked Week. Kita boleh lihat yang siri TV ini kali ini mungkin akan mempunyai aksi lebih dahsyat. Perang di antara pihak berkuasa vs pihak penyangak dalam Bank of Spain.

Locke & Key Musim Ke-2

Locke & Key adalah satu siri TV fantasi yang penuh dengan misteri, elemen suspen dan juga drama kekeluargaan. Jika anda tonton musim pertama, anda pasti ingin tahu apakah kesinambungannya yang akan diceritakan dalam musim ini. Tiada tarikh lagi, tetapi para pelakon mengesahkan yang musim kedua akan tiba pada Oktober tahun ini.

Another Life

Another Life centers on astronaut Niko Breckinridge (Katee Sackhoff) who is focused on searching for alien intelligence. She leads a crew on a mission to explore the genesis of an alien artifact. As Niko and her young crew investigate, they face unimaginable danger on what might very well be a one-way mission.

Cowboy Bebop

Sama seperti yang kami laporkan sebentar tadi, siri Cowboy Bebop yang popular seperti semua sedia maklum akan diadaptasi menjadi siri aksi nyata oleh Netflix. Siri ini sudah pun selesai penggambaran, dan Netflix telah mendedahkan senarai pelakon bagi watak Spike Spiegel, Jet Black dan Faye Valentine iaitu John Cho, Mustafa Shakir dan juga Daniella Pineda. Lebih menarik, Yoko Kanno akan kembali sebagai komposer muzik siri ini.

The Sandman

Selain daripada Sweeth Tooth, Netflix juga adalah siri aksi nyata lain yang diadaptasi daripada komik DC yang lain – The Sandman. Ia adalah fantasi, sejarah, drama dan aksi, di mana menggabungkan konsep mitos moden untuk penyampaian cerita. Ia mengisahkan Dream King atau Morpheus yang ditawan selama 105 tahun dan mula bebas pada tahun 2021. Selepas bebas, beliau cuba untuk kembali menjadi raja baharu selepas menyaksikan pelbagai perkara.


Untuk hari ketiga, mereka akan umumkan kandungan yang ada elemen seram pula seperti Fear Street, Gunpowder Milkshake, dan Lucifer.

Sohor Kini