Ketika acara New Game+ Expo semalam, semestinya terdapat pelbagai pengumuman permainan baharu di mana sebahagian daripadanya telah pun kami kongsikan seperti pengumuman Ys IX: Monstrum Nox, Bloodstained: Curse Of The Moon 2, Harvest Moon: One World dan sebagainya.

Melalui artikel ini, kami ingin senaraikan beberapa pengumuman lain yang diumumkan ketika acara tersebut di mana ia terdiri daripada pelbagai pembangun indie dan permainan keluaran Jepun, termasuklah beberapa video acah baharu.

Tin & Kuna

Tin & Kuna adalah permainan platformers oleh Akysys Games dan Black River Studios di mana ia memfokuskan bentuk permainan pengembaraan. Ia dijadualkan untuk tiba sekitar suku keempat tahun ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Billion Road

Ketika aca ini juga, Acttil turut memperlihatkan kandungan baharu buat permainan Billiod Road di mana melalui bentuk pertempuran bercarta ini ia akan memfokuskan pemain untuk mengumpul markah berdasarkan kemajuan pemain.

Billion Road telah pun dilancarkan di konsol Switch dan juga PC melalui Steam.

Fallen Legion Revenants

YummyYummyTummy dan NIS America mengumumkan permainan baharu buat siri Fallen Legion iaitu Fallen Legion Revenants akan dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan Switch sekitar tahun 2021 ini.

Death End Re;Quest 2

Death End Re;Quest 2 adalah permainan seterusnya olehIdea Factory di mana ia diumumkan akan tiba pada 25 Ogos ini di konsol PlayStation 4 dan juga PC melalui Steam. Permainan ini memfokuskan pemain untuk bermain sebagai Mai Toyama di mana beliau perlu bertempur dengan raksasa “Shadow Matter” di lokasi Le Choara.

Idol Manager

Playism juga mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan permainan Idol Manager oleh GlitchPitch iaitu permainan simulasi pengurusan artis idola di mana ia akan tiba sekitar tahun ini di PC melalui Steam.

Danganronpa

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Danganronpa kini tiba di peranti telefon pintar di mana ketika acara New Game+ Expo, Kazutaka Kodaka berkongsi satu mesej khas melalui video di atas, bersempena dengan ulang tahun ke-10 buat siri tersebut.

Café Enchanté

Café Enchanté merupakan permainan novel visual oleh Aksys Games di mana ia sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol Switch buat pasaran Jepun. Melaluinya, pemain akan bermain sebagai Kotone di mana beliau perlu mengurus kafe datuknya di mana ia adalah satu kafe yang mengumpulkan pelbagai jenis ‘watak’ jejak dari dunia mistik.

Terkini Aksys Games mengumumkan yang mana mereka turut akan lancarkan permainan ini secara global sekitar suku keempat tahun ini.

Escape From Asura

Escape From Asura merupakan permainan seterusnya oleh Mikage dan Aksys Games di mana ia akan tiba pada 2021 ini di konsol PlayStation 4 dan Switch. Menurut laporan Gematsu, permainan ini kelihatan adalah versi global daripada permainan Criminal Girls X.

Guitly Gear Strive

Arc Systems Works juga memperlihatkan video acah baharu buat permainan perlawanan mereka akan datang iaitu Guilty Gear Strive di mana ia memfokuskan watak Millia dan Zato-1 yang diumumkan sebelum ini.

Guilty Gear Strive akan tiba awal tahun hadapan di PlayStation 4.

Fairy Tail

Fairy Tail sebelum ini diumumkan akan tiba pada 31 Julai 2020 ini di konsol Playstation 4, Switch dan juga PC melalui Steam. Melalui acara New Game+ Expo ini, Koei Tecmo memperlihatkan video acah baharu di mana ia memperlihatkan bentuk permainan yang lebih mendalam dan watak-watak yang pemain boleh gunakan.

Samurai Shodown NeoGeo Collection

Bagi peminat siri Samurai Shodown, SNK mengumumkan edisi terhad akan dilancarkan buat koleksi permainan Samurai Shodown NeoGeo Collection di mana ia akan menyertakan 7 permainan daripada siri Samurai Shodown termasuklah Samurai Shodown V Perfect dan beberapa kandungan khas.

Menurut SNK, ia akan dilancarkan pada 28 Julai 2020 ini dan edisi terhad bersama edisi fizikal akan dilancarkan suku ketiga tahun ini.

Piofiore: Fated Memories

Piofore: Fated Memories adalah eprmainan novel visual oleh Aksys Games dan ia akan tiba di konsol Switch sekitar suku keempat tahun ini buat pasaran global.

Permaian ini memfokuskan organisasi jenayah di Itali di mana pemain akan bermain sebagai Liliana Adoronato dan bertemu dengan 3 keluarga mafia yang akan menjadi teman watak pemain. Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun.

Neptunia Virtual Stars

Bagi anda yang meminati siri Neptunia, Idea Factory hari ini mengumumkan Neptunia Virtual stars akan dilancarkan secara global. Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran rasmi namun ia disahkan akan tiba sekitar tahun hadapan.

Pretty Princess Party

Aksys Games dan Nippon Columbia juga mengumumkan yang mana mereka akan membawa permainan Pretty Princess Party ke pasaran global di konsol Switch. Menurut mereka, permainan ini akan dilancarkan sekitar suku keempat tahun ini dan ia memfokuskan pemain untuk menghasilkan watak puteri pemain sendiri dengan pelbagai tetapan pakaian, rambut dan sebagainya.

Shiren The Wanderer: The Tower Of Fortune And The Dice Of Fate

Shiren the Wanderer: The Tower of Fortune and the Dice of Fate diumumkan secara rasmi buat pasaran Global di mana Spike Chunsoft menyatakan ia akan dilancarkan di konsol Switch dan PC melalui Steam sekitar tahun ini. Menurut Spike Chunsoft, edisi global ini akan menyertakan kandungan tambahan berbanding versi pasaran Jepun.


Semestinya terdapat pelbagai lagi permainan lain yang diumumkan di mana sebahagian daripadanya telah pun kami laporkan sebelum ini. Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan acara New Game+ Expo, anda boleh menontonnya di bawah.

Leave a Reply