Informasi Permainan Video Terkini
Danganronpa: Trigger Happy Havoc Anniversary Edition Kini Dilancarkan Di iOS Dan Android

Danganronpa: Trigger Happy Havoc Anniversary Edition Kini Dilancarkan Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Mei 22, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Spike Chunsoft sebelum ini, mereka kini akhirnya melancarkan permainan siri permainan Danganronpa di peranti telefon pintar bermula dengan permainan pertama iaitu Danganronpa: Trigger Happy Havoc Anniversary Edition.

Danganronpa merupakan siri permainan visual novel yang memfokuskan pemain untuk menyelesaikan misteri pembunuhan yang berlaku di dalam sekolah menengah Hope Peak Academy.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Danganronpa: Trigger Happy Havoc sebelum ini dilancarkan di PlayStation Vita diikuti dengan versi PlayStation 4 dan PC yang dilancarkan secara koleksi bersama Danganronpa 2.

Kini bersempena ulang tahun ke-10 buat permainan tersebut, ianya kini akan dilancarkan di peranti telefon pintar buat kesemua siri utama di mana permainan kedua iaitu Danganronpa 2: Goodbye Despair dan Danganronpa V3: Killing Harmony akan diumumkan kemudian.

Menariknya, melalui versi permua ini, permainan ini bukan sahaja akan menyertakan kawalan yang direka khas dengan skrin sesentuh malah ia akan menyertakan beberapa kandungan tambahan seperti galeri watak dan ilustrasi permainan.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkan di App Store dengan harga RM64.90 manakala di Google Play Store dengan harga RM82.99.


TIPS & ULASAN