Skip to main content

NIS America dan Falcom semalam mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan Yx IX: Monstrum Nox secara global buat konsol PlayStation 4, Switch dan juga PC menjelang 2021 ini.

Permainan ini sebelum ini telah pun dilancarkan di pasaran Jepun dan melalui versi global ini, ia akan menyertakan sokongan bahasa Inggeris dan Jepun.

Ys IX: Monstrum Nox sekali lagi akan memfokuskan pengembaraan Adol Christin di mana kali ini mereka berada di bandaraya Balduq di mana mereka menemui wanita misteri Aprilis di mana beliau berupaya untuk menukarkan Adol kepada seorang Monstrum, iaitu pemiliki kuasa untuk memanggil raksasa.

Dengan menyertakan bentuk permainan beraksi dan meluas, pengembaraan permainan ini kali ini akan membawa pelbagai ebntuk cabaran dan lokasi yang pemain boleh terokai dengan pelbagai watak yang menarik.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini informasi lanjut setelah ia diumumkan.

Leave a Reply