Skip to main content

Koei Tecmo hari ini mengumumkan yang mana permainan berdasarkan siri anime Fairy Tail oleh Gust, sekali lagi akan tertunda.

Menurut Koei Tecmo, tarikh baharu pelancaran permainan tersebut adalah 31 Julai 2020 ini, di mana asalnya ia dirancang untuk dilancarkan pada bulan hadapan.

Berdasarkan kenyataan yang dikongsikan melalui Twitter rasmi Koei Tecmo, mereka menyatakan kesan wabak koronavirus (Covid-19) merupakan sebab mengapa penundaan ini berlaku di mana pembangunan permainan tersebut terbantut.

Ia bukanlah satu perkara yang mengejutkan atas sebab sepanjang tahun ini, pelbagai penundaan berlaku buat permainan video atas sebab wabak yang sama. Walaubagaimana pun, dengan penundaan sekitar satu bulan sahaja, kami pasti peminat Fairy Tail akan terus menyokong francais tersebut untuk menerima permainan JRPG ini dengan keadaan optimum.

Fairy Tail dirancang untuk dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch dan juga versi PC yang akan tiba melalui Steam.

Leave a Reply