Skip to main content

Bloodstained: Curse of the Moon merupakan permainan sampingan berdasarkan permainan Bloodstained: Ritual Of The Night di mana ia memfokuskan pemain untuk bermain sebagai watak Zangetsu.

Terkini, ketika acara New Game+ Expo, Inti Creates bersama Koji Igarashi dari Artplay mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan sekuel kepada permainan sampingan tersebut di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Bloodstained: Curse of the Moon 2 kali ini akan memfokuskan 4 watak yang pemain boleh gunakan di mana 3 daripadanya adalah watak baharu di mana mereka mempunyai kemahiran dan bentuk permainan yang berbeza.

Dengan mengekalkan visual grafik 8-bit seakan permainan retro, permainan ini dihasilkan selepas mendapat sambutan yang baik bagi permainan sampingan pertama di mana Koji Igarashi nyatakan di video di atas.

Buat masa ini, tarikh pelancaran masih belum diumumkan. Namun kami percaya ia akan tiba tidak lama lagi.

Leave a Reply