Natsume hari ini akhirnya memperlihatkan bentuk permaina Harvest Moon: One World secara rasmi di mana permainan tersebut sebelum ini diumumkan akan tiba di konsol PlayStation 4 dan Switch.

Melalui acara New Game+ Expo semalam, Natsume akhirnya memperlihatkan bentuk permainan Harvest Moon: One World secara rasi di mana menurut Natsume, ia akan menyertakan enjin dan visual permainann baharu.

Dari segi bentuk permainan, ia kelihatan masih lagi mengekalkan elemen simulasi berkebun di samping pemain berupaya untuk menternak lembu dan pelbagai lagi haiwan lain.

Buat masa ini, ia diumumkan tiba sekitar suku keempat tahun ini.

Sohor Kini