Arc System Works hari ini melancarkan satu video acah baharu buat permainan perlawanan akan datang iaitu Guilty Gear Strive, di mana kali ini mereka memperlihatkan dua watak baharu yang bakal tiba di permainan tersebut iaitu Millia Rage dan Zato-1.

Kedua-dua watak ini sememangnya merupakan watak yang pernah muncul di dalam permainan Guilty Gear sebelum ini dan mereka berdua merupakan pasangan, namun menjadi musuh setelah Zato-1 cuba untuk memanipulasikan perasaan Millia.

Sebelum ini kami juga berkongsi yang mana Arc System Works juga membuka pendaftaran untuk beta tertutup Guilty Gear Strive, di mana informasi lanjut anda boleh membacanya di bawah.

Guilty Gear Strive adalah permainan perlawanan berdasarkan siri Guilty Gear yang mana ianya memfokuskan bentuk pertempuran yang menggunakan senjata dengan pelbagai watak menarik. Ianya dijadualkan untuk dilancarkan sekitar tahun ini khas di konsol PlayStation 4.

Leave a Reply