Informasi Permainan Video Terkini
Nintendo Direct – Nintendo Mengumumkan Super Smash Bros Dan Crash Bandicoot Bakal Tiba Di Switch

Nintendo Direct – Nintendo Mengumumkan Super Smash Bros Dan Crash Bandicoot Bakal Tiba Di Switch

Diterbitkan pada Mac 9, 2018 oleh .

Pagi ini, Nintendo mengadakan acara Nintendo Direct yang disiar secara langsung di laman rasmi Nintendo dan juga saluran rasmi Youtube. Acara tersebut memfokuskan pengumuman permainan baru bagi konsol mudah-alih 3DS dan juga Switch.

Terdapat sebilangan pengumuman yang mengejutkan, antaranya adalah pengumuman bagi permainan Super Smash Bros untuk konsol Switch. Menariknya, pengumuman tersebut bermula dengan watak Inkling daripada siri permainan Splatoon dan mereka menemui watak-watak Nintendo lain seperti Mario dan Link membelakangi logo permainan Super Smash Bros.

Ini merupakan sesuatu yang menarik kerana Nintendo tampaknya sedang membangunkan permainan Super Smash Bros yang baru untuk konsol Nintendo Switch. Namun begitu, Nintendo tidak berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut dan hanya menyatakan bahawa ia bakal tiba tahun ini.

Tambahan juga, Nintendo juga mengumumkan permainan Crash Bandicoot N.Sane Trilogy akan dilancarkan pada di konsol Switch pada 10 Julai. Dengan pelancaran permainan ini, kini permainan tersebut sudah lagi tidak menjadi permainan esklusif untuk konsol Playstation 4 dimana ia dilancarkan tahun lepas di konsol tersebut.

Crash Bandicoot N.Sane Trilogy merupakan permainan pernambah-baikkan yang merangkumi tiga permainan Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot 3 Warped, yang dilancarkan di konsol Playstation 1 hampir 20 tahun lepas.

Selain itu, terdapat sebilangan pengumuman lain yang diumumkan oleh Nintendo termasuklah permainan untuk konsol Nintendo 3DS.

Permainan 3DS pertama yang diumumkan oleh Nintendo adalah WarioWare Gold. Ini merupakan permainan WarioWare yang pertama yang akan dilancarkan di konsol 3DS tersebut dan permainan WarioWare pertama sejak 2013 lepas. Ia akan dilancarkan pada 3 Ogos ini.

Dillon’s Dead-Heat Breakers juga diumumkan yang mana ia merupakan permainan seterusnya untuk siri Dillon’s Rolling Western. Permainan ini memfokuskan aksi pengembaraan pertahanan dan juga bentuk perlumbaan. Pemain juga berupaya untuk bermain sebagai watak-watak Mii pemain dan bertempur secara bersama.

Dillon’s Dead-Heat Breakers akan dilancarkan di konsol Nintendo 3DS pada 24 Mei ini. Pada masa yang sama, bagi mereka yang ingin mencuba  permainan tersebut, demo permainan tersebut akan dilancarkan pada 10 Mei melalui Nintendo eShop.

Sempena dengan pelancaran Detective Pikachu pada 23 Mac ini, Nintendo juga berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut bersama Amiibo khas rekaan Detective Pikachu yang lebih besar. Untuk informasi lanjut berkenaan permainan ini, anda boleh melayari artikel ini.

Pengembaraan Mario dan Luigi juga bakal kembali pada 2019 di konsol 3DS dimana permainan pernambah-baikkan Mario & Luigi: Bowser’s Inside Story + Bowser Jr.’s Journey diumumkan oleh Nintendo.

Asalnya permainan tersebut dilancarkan di Nintendo DS pada 2009 lepas dan kini Nintendo mengumumkan permainan pernambah-baikkan bersama kandungan baru Bowser Jr.’s Journey yang akan memfokuskan penceritaan Bowser Jr disebalik penceritaan permainan tersebut.

Satu lagi permainan pernambah-baikkan yang bakal tiba di konsol 3DS adalah Luigi’s Mansion yang mana ia merupakan permainan asal yang dilancarkan di konsol Nintendo GameCube pada 2001 lepas. Permainan tersebut memfokuskan watak Luigi dimana beliau mengembara di dalam rumah yang besar untuk mencari Mario yang terperangkap di dalam rumah tersebut.

Ini merupakan siri permainan Luigi’s Mansion yang pertama dimana sekuel bagi permainan tersebut, Luigi Mansion: Dark Moon telah dilancarkan di 3DS pada 2013. Menurut Nintendo, permainan ini akan dilancarkan pada tahun ini.

Berbalik kepada konsol Switch. Bersempena dengan pelancaran permainan Kirby: Star Allies yang bakal tiba 16 Mac ini, Nintendo berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut yang mana pemain berupaya untuk bermain sebagai King Dedede, Meta Knight dan Bandana Waddle Dee.

Kirby: Star Allies merupakan permainan 2D Platformer yang memfokuskan watak Kirby. Seperti permainan Kirby sebelum ini, pemain berupaya untuk mengambil kuasa-kuasa musuh untuk digunakan oleh pemain. Dengan memfokuskan bentuk permainan secara multi-pemain, pemain berupaya untuk bermain bersama-sama rakan pemain dan menggunakan watak-watak tersebut untuk menyelesaikan misi permainan.

Tambahan juga, Nintendo mengumuman kandungan tambahan percuma yang bakal tiba buat permainan tersebut dengan pelbagai watak-watak dari siri permainan Kirby sebelum ini bermula 28 Mac ini. Bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, demo permainan tersebut sudah boleh mula dimuat-turun sekarang melalui Nintendo eShop di konsol Switch.

Okami HD, iaitu permainan pernambah-baikkan yang dilancarkan tahun lepas di Playstation 4 dan PC juga akan tiba di konsol Switch pada musim panas tahun ini. Okami merupakan permainan yang asalnya dilancarkan di Playstation 2 pada 2006 yang memfokuskan watak serigala Amaterasu.

Melalui versi Switch, pemain berupaya untuk menggunakan skrin sesentuh ataupun kawalan pergerakkan melalui JoyCon untuk melukis dalam permainan tersebut.

Sushi Striker: The Way Of Sushido merupakan permainan yang memfokuskan tekaria menyelesai warna-warna pinggan sushi. Selain dari bentuk permainan tekaria, permainan ini juga bakal memfokuskan penceritaan dan mempunyai mod permainan secara multi-pemain. Menariknya juga, permainan ini akan dilancarkan di konsol 3DS dan juga Switch pada 8 Jun ini.

Salah satu permainan JRPG yang dinantikan oleh peminat di konsol Switch oleh Square-Enix akhirnya mendapatkan tarikh pelancaran. Octopath Traveller akan dilancakran pada 13 Julai ini di konsol Switch yang mana pada masa yang sama, Nintendo juga berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Selain daripada pengumuman watak yang baru, Square-Enix juga menyatakan bahawa pemain berupaya untuk menetapkan watak-watak permainan tersebut untuk mempunyai kelas bercampuran sekaligus membenarkan watak tersebut untuk melakukan pelbagai bentuk serangan.

Pada masa yang sama, bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan permainan tersebut, Square-Enix juga menyatakan bahawa edisi terhad permainan tersebut juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama pelancaran permainan tersebut dengan pelbagai barangan seperti peta khas, buku popup, cakera muzik latar permainan dan sebagainya.

Antara permainan Indie yang diumumkan ketika Nintendo Nindies tahun lepas, Travis Strikes Again: No More Heroes oleh Grasshopper Manufacture juga diumumkan bersama ketika Nintendo Direct yang mana mereka berkongsi bentuk permainan bersama pelbagai informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Permainan tersebut akan menyertakan pelbagai kandungan mini-permainan antaranya adalah permainan arked, permainan perlumbaan, permainan tekaria dan sebagainya yang merangkumi tujuh permainan mini. Dengan senjata ikonik Beam Katana, Travis dan Badman akan mengembara di dalam dunia permainan tersebut dan pemain berupaya untuk bermain secara koperasi melalui alat kawalan JoyCon kedua.

Berdasarkan trailer yang dipertontonkan melalui Nintendo Direct, tampaknya Travis sekali lagi akan membuang air besar untuk menyimpan fail permainan seperti permainan No More Heroes sebelum. Nintendo menyatakan ia bakal tiba tahun ini konsol Switch.

Pada Januari lepas, Nintendo dan Bandai Namco mengumumkan Dark Souls Remastered bakal tiba di Switch 25 Mei ini. Kini, Nintendo juga mengumumkan sebilangan kemaskini bagi permainan tersebut antaranya adalah sesi percubaan Network bagi permainan tersebut yang bakal tiba sebelum ia dilancarkan. Namun, Nintendo masih belum berkongsi tarikh sesi percubaan tersebut.

Selain itu, Nintendo juga mengumumkan Amiibo khas Solaire Of Astora yang mana pemain boleh menggunakan Amiibo tersebut ketika bermainan permainan Dark Souls Remastered di Switch dan melakukan gaya “Praise The Sun”.

Satu lagi permainan yang diumumkan ketika Nintendo Direct Januari lepas, iaitu Mario Tennis Aces juga mendapat sebilangan kemaskini yang baru berkenaan permainan tersebut. Antaranya bentuk permainan yang baru yang memfokuskan meter kuasa dimana pemain berupaya untuk melakukan pelbagai serangan yang menarik mengikut watak.

Menariknya juga, Nintendo juga menyertakan kawalan melalui pergerakkan seakan permainan Wii Sport Tennis yang dilancarkan di Nintendo Wii beberapa tahun lepas. Selain itu, terdapat juga pelbagai kandungan lain seperti kejohanan dan sebagainya.

Mario Tennis Aces akan dilancarkan pada 22 Jun ini di konsol Switch. Tambahan juga, bersempena dengan pelancaran permainan tersebut, Nintendo akan mengadakan acara khas pra-kejohanan permainan tersebut melalui atas-talian. Namun tarikh bagi pra-kejohanan tersebut akan diumumkan kemudian.

Satu lagi permainan pernambah-baikkan yang bakal tiba untuk kedua-dua konsol 3DS dan Switch adalah Captain Toad: Treasure Tracker. Asalnya permainan ini merupakan permainan yang dilancarkan di Nintendo Wii U pada 2014 lepas.

Melalui permainan pernambah-baikkan ini, Nintendo juga akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah peta kawasan daripada permainan Super Mario Odyssey. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, ia akan dilancarkan pada 13 Julai ini di 3DS dan Switch.

Bagi anda yang meminati permainan Undertale, Toby Fox dan Nintendo mengumumkan permainan tersebut bakal tiba di konsol Switch. Namun mereka masih belum berkongsi tarikh pelancaran mahupun informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Tetapi ini merupakan berita yang menarik memandangkan permainan tersebut mendapat pelbagai pujian ramai dan menjadi satu ikutan buat komuniti pemain diseluruh dunia sejak pelancaranya di PC pada 2015 lepas.

Permainan tekaria seram Little Nightmares: Complete Edition juga diumumkan buat konsol Switch yang mana ia bakal tiba pada 18 Mei ini. Melalui pelancaran ini, permainan tersebut akan disertakan secara lengkap dengan segala DLC pernambahan yang dilancarkan sebelum ini di konsol lain. Menariknya juga, permainan tersebut akan menyokong Amiibo khas Pac-Man dimana pemain berupaya untuk mendapatkan topeng khas Paku Mask.

Satu lagi permainan yang dilancarkan di konsol lain sebelum ini akan tiba di Switch iaitu South Park: The Fractured But Whole oleh Ubisoft. Permainan ini akan dilancarkan di konsol Switch pada 24 April dan juga kandungan tambahan permainan tersebut juga akan dilancarkan secara berperingkat dimana pemain boleh dapatkan apabila ia dilancarkan kelak.

Permainan pernambah-baikkan Hyrule Warriors: Definitive Edition juga akan dilancarkan tahun ini dimana Nintendo menyatakan permainan tersebut akan dilancarkan pada 18 Mei iniPermainan tersebut asalnya diumumkan pada Nintendo Direct Januari lepas.

Hyrule Warriors: Definite Edition merupakan permainan aksi pertempuran seakan permainan Musou ataupun Dynasty Warriors dimana ia meletakkan pemain di satu kawasan luas dan pemain perlu bertempur dengan sebilangan jumlah musuh yang banyak. Menariknya, ia menggunakan segala watak-watak daripada siri The Legend Of The Zelda.

Bagi anda yang masih lagi bermain permainan perlawana ARMS, Nintendo mengumumkan liga permainan ARMS yang mana pemain berupaya untuk menyertai kejohanan tersebut atas-talian. Kejohanan tersebut akan berlangsung pada 8 hingga 18 Mac ini. Acara akhir pula akan diadakan pada 31 Mac yang akan disertai oleh 8 pemain terbaik. Namun, liga ini buat masa ini hanya dibuka untuk pemain di Kanada dan Amerika Syarikat sahaja.

Tambahan juga, bersempena dengan acara tersebut, Nintendo akan membenarkan pemain untuk mencuba permainan tersebut bermula 31 Mac ini melalui ARMS Global Testpunch yang mana pemain berupaya untuk memuat-turun permainan tersebut secara percuma melalui Nintendo eShop khas di konsol Switch.

Buat permainan Splatoon 2 pula, Nintendo mengumumkan DLC pernambahan pertama bagi permainan tersebut iaitu Octo Expansion yang akan menyertakan kandungan penceritaan yang baru buat pemain. Pemain akan mengawal watak Agent 8 dimana beliau hilang ingatan pemain perlu menyelesaikan misteri penceritaan tersebut. Menurut Nintendo, ia akan dilancarkan pada musim panas tahun ini.

Selain itu, bermula April ini juga Nintendo akan mengemaskini permainan Splatoon 2 kepada versi 3.0 yang mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan kostum terbaru buat watak Inkling dan juga peta kawasan yang baru. Selain itu, pemain juga bakal meningkat tahap nilai pemain sehingga Rank X.

Bagi anda yang ingin menonton keseluruhan Nintendo Direct tersebut, anda boleh menontonnya di saluran rasmi Youtube Nintendo dibawah.


TIPS & ULASAN