Hari ini, Nintendo mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan acara langsung Nintendo Direct. Menurut Nintendo, acara tersebut akan memfokuskan permainan Nintendo 3DS dan juga Nintendo Switch.

Tambahan juga, mereka juga akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan Mario Tennis Aces yang diumumkan ketika Nintendo Direct Januari lepas. Mungkin juga Nintendo Direct kali ini Nintendo akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan Diablo yang diperacahkan oleh Blizzard baru-baru ini.

Bagi anda yang berminat untuk menonton Nintendo Direct, ia akan berlangsung pada 9 Mac jam 6 pagi waktu Malaysia. Anda boleh menontonnya di laman rasmi Nintendo ataupun melalui saluran Youtube Nintendo dibawah.

Sohor Kini