Skip to main content

Semalam Nintendo mengadangkan sidang media khas bagi mengumumkan permainan-permainan keluaran Indie oleh yang bakal tiba di Nintendo Switch. Antaranya adalah permainan No More Heroes: Travis Strikes Again.

No More Heroes adalah siri permainan aksi pengembaraan yang terkenal di Nintendo Wii beberapa tahun lepas. Setelah diacah oleh beberapa kali oleh SUDA51, pembangun permainan tersebut, akhirnya mengumumkan No More Heroes: Travis Strikes Again bakal tiba secara esklusif di Nintendo Switch pada tahun 2018.

Ketika sidang media Nindies semalam juga, Nintendo mengumumkan pelbagai permainan keluaran Indie yang bakal tiba di Nintendo Switch, dan antaranya adalah;

  • Super Meat Boy Forever
  • Shovel Knight King Of Card
  • Mom Hid My Game
  • Golf Story
  • Floor Kids
  • Wulver Blade
  • Poly Bridge
  • Kentucky Route Zero TV Edition
  • Earth Atlantis
  • Next Up Hero
  • Steamworld Dig 2
  • Mulaka
  • Yono And The Celestial Elephants
  • Dragon Marked For Death
  • Battle Chef Brigade
  • Morphies Law
  • Sausage Sports Club
  • Light Fingers
  • Nine Parchments

Tampaknya Nintendo tidak mengabaikan pembangun permainan-permainan Indie dan ini merupakan tindakan Nintendo yang sangat memberansangkan dengan memberi sokongan kepada pembangun permainan Indie. Bagi anda, apakah permainan indie yang dinantikan anda pada platform Switch ini?

Leave a Reply