Pada awal Januari lepas, Nintendo mengumumkan tarikh pelancaran bagi permainan Kirby seterusnya ketika Nintendo Direct Mini, iaitu Kirby: Star Allies. Menurut Nintendo, ia akan dilancarkan secara esklusif di Nintendo Switch pada 16 Mac ini.
Kirby: Star Allies merupakan permainan 2D Platformer yang memfokuskan watak Kirby. Seperti permainan Kirby sebelum ini, pemain berupaya untuk mengambil kuasa-kuasa musuh untuk digunakan oleh pemain.
Namun, permainan ini juga menyertakan mod secara multi-pemain dimana pemain berupaya untuk bermain sehingga 4 pemain secara serentak dan menyelesaikan setiap peringkat permainan tersebut dengan rakan-rakan pemain. Pemain juga berupaya untuk membuat sebilangan kemahiran khas jika pemain bermain bersama rakan-rakan.
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan siri permainan seterusnya Kirby, jangan lupa untuk menandakan di kalendar anda pada 16 Mac ini untuk bermain permainan Kirby: Star Allies secara esklusif di Nintendo Switch.