NetEase Games bersama studio di bawah naungannya, 24 Entertainment Lin’an, telah berlongsi treler baharu bertajuk “Hold Till Dawn” untuk judul Blood Message semasa acara Summer Game Fest. Permainan ini merupakan projek AAA pertama daripada NetEase yang dibina sepenuhnya sebagai pengalaman pemain solo.

Dikuasakan oleh Unreal Engine 5 dan teknologi proprietari studio tersebut, Blood Message merupakan sebuah Action Adventure Game yang sedang dalam proses pembangunan untuk konsol dan PC. Treler yang ditayangkan memperlihatkan mekanik pertempuran, corak permainan, serta pelbagai latar lokasi di dalam dunia permainan tersebut.

Naratif permainan ini berlatarkan kawasan sempadan di barat ketika era penghujung Dinasti Tang. Jalan ceritanya mengikuti perjalanan seorang bapa bersama anak lelakinya yang meredah kawasan sisa peperangan demi menghantar satu pesanan penting ke ibu kota. Misi yang digalas oleh mereka berdua dikatakan mempunyai potensi untuk mengubah masa depan negara tersebut.

Selain pengumuman projek baharu ini, NetEase Games merupakan syarikat penerbit dan pembangun yang mengendalikan pelbagai harta intelek permainan video termasuk Marvel Rivals, Knives Out, Identity V, dan NARAKA: BLADEPOINT.

Leave a Reply