Informasi Permainan Video Terkini
SEGA Menunda Konsol Klasik SEGA Mega Drive Mini Ke Tahun Hadapan

SEGA Menunda Konsol Klasik SEGA Mega Drive Mini Ke Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Sep 19, 2018 oleh .

SEGA hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menunda pelancaran konsol klasik Sega Mega Drive Mini ke tahun hadapan. Sega Mega Drive Mini merupakan konsol mini klasik berdasarkan konsol Sega Mega Drive ataupun Sega Genesis.

SEGA sebelum ini mengumumkan konsol tersebut awal tahun ini yang mana ianya asalnya dirancang untuk dilancarkan pada tahun ini. Konsol ini juga merupakan satu bentuk konsol mini seperti mana Nintendo lancarkan sebelum ini iaitu NES Mini Classic dan SNES Mini Classic.

Melalui laporan Gematsu, sebab kenapa konsol tersebut ditunda adalah kerana SEGA ingin melancarkan konsol tersebut secara serentak buat pasaran global. Sekaligus, mereka memerlukan masa untuk menghasilkan kualiti yang pasti akan memuaskan para peminat.

Sony juga hari ini mengumumkan konsol Playstation Classic yang mana ianya bakal tiba Disember ini. Sekaligus, konsol klasik kini semakin banyak di pasaran seperti NES Classic dan juga Neo Geo yang semakin jadi kegilaan para pemain sekarang.


TIPS & ULASAN