Bagi anda yang meminati permainan klasik, menariknya kini ia dilihat dua konsol klasik yang diberikan nafas baru oleh Nintendo, iaitu Super NES Classic Mini dan juga Super FAMICOM Mini dilihat akan hadir ke pasaran tempatan, dan masing-masing ditawarkan pada harga RM499.

Super NES Classic Mini

Super NES Classic Mini yang akan ditawarkan untuk pasaran tempatan adalah versi Asia, dan hadir dengan 21 permainan secara terbina, serta dua alat kawalan untuk dimainkan. Permainan yang akan ditawarkan adalah termasuk:

  1. Contra III: The Alien Wars
  2. Donkey Kong Country
  3. EarthBound
  4. Final Fantasy III
  5. F-ZERO
  6. Kirby Super Star
  7. Kirby’s Dream Course
  8. The Legend of Zelda: A Link to the Past
  9. Mega Man X
  10. Secret of Mana
  11. Star Fox
  12. Star Fox 2
  13. Street Fighter II Turbo: Hyper Fighting
  14. Super Castlevania IV
  15. Super Ghouls ’n Ghosts
  16. Super Mario Kart
  17. Super Mario RPG: Legend of the Seven Stars
  18. Super Mario World
  19. Super Metroid
  20. Super Punch-Out!!
  21. Yoshi’s Island

Super FAMICOM Mini

Sementara bagi anda yang inginkan Super FAMICOM Mini, set yang akan ditawarkan adalah set Asia variasi daripada set Jepun. Ia turut hadir dengan 21 permainan, dan menawarkan dua alat kawalan secara terbina. Antara permainan yang akan ditawarkan adalah termasuk:

  1. Super Mario World
  2. F-Zero
  3. The Legend of the Mystical Ninja
  4. Super Ghouls ‘n Ghosts
  5. The Legend of Zelda: A Link to the Past
  6. Super Soccer
  7. Contra III: The Alien Wars
  8. Super Mario Kart
  9. Star Fox
  10. Secret of Mana
  11. Mega Man X
  12. Fire Emblem: Mystery of the Emblem
  13. Super Metroid
  14. Final Fantasy VI
  15. Super Street Fighter II
  16. Donkey Kong Country
  17. Yoshi’s Island
  18. Panel de Pon
  19. Super Mario RPG
  20. Kirby Super Star
  21. Star Fox 2

Super FAMICOM Mini

Super NES Classic Mini ditawarkan untuk pra-tempahan pada harga RM499 dan dijangka hadir pada 29 September 2017, sementara Super Famicom Mini juga menawarkan tanda harga sama, dan dijangka ditawarkan bermula 5 Oktober 2017. Antara penjual yang telah mengambil pra-tempahan adalah termasuk seperti GamersHideout dan juga Anson Games.

Sohor Kini