Selain daripada pengumuman SEGA Ages, SEGA juga mengumumkan konsol mini seakan SNES Classic yang dilancarkan oleh Nintendo sebelum ini, iaitu SEGA Mega Drive Mini di acara SEGA Fes 2018.
「メガドライブ」誕生30周年記念!
『メガドライブ ミニ』(仮称)2018年発売決定!思い出の名作ゲームの数々が、これ1台で楽しめます!#セガフェス #メガドライブ #メガドライブ30周年https://t.co/HWj6NFL96y pic.twitter.com/0C9QH1l5Mr
— セガ公式アカウント (@SEGA_OFFICIAL) April 14, 2018
Pengumuman ini juga adalah bersempena dengan ulang tahun ke-30 buat konsol tersebut, iaitu SEGA Mega Drive yang dilancarkan pada 1988 lepas. SEGA Mega Drive Mini ini dirancang untuk dilancarkan tahun ini dan buat masa ini, SEGA menyatakan ia akan dilancarkan buat pasaran Jepun sahaja dahulu.
Akan tetapi, kami berasa pengumuman ini sangat pelik memandangkan baru-baru ini, SEGA juga mengumumkan permainan kompilasi SEGA Mega Drive yang bakal dilancarkan 29 Mei ini buat konsol dan PC.
Namun begitu, buat masa ini SEGA masih lagi belum berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan konsol tersebut bersama dengan kandungan permainan yang bakal tiba bersama. Mungkin juga konsol tersebut bakal menyertakan pelbagai kandungan tambahan yang tidak akan berada di dalam kompilasi permainan SEGA di atas.
Seperti biasa, kami di Aksiz akan berkongsinya apabila ia diumumkan kelak.