Informasi Permainan Video Terkini
Konsol SNK Neo Geo Mini Tertiris – Mempunyai Binaan Mesin Arked Mini

Konsol SNK Neo Geo Mini Tertiris – Mempunyai Binaan Mesin Arked Mini

Diterbitkan pada Mei 4, 2018 oleh .

Bulan lepas, SNK mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan perkakasan terbaru yang berdasarkan konsol Neo Geo bersempena ulang-tahun SNK yang ke-40. Kini, tampaknya melalui saluran Youtube Spawn Wave, beliau tampaknya meniriskan konsol mini tersebut termasuklah rekaan dan permainan yang bakal tiba.

Konsol mini tersebut mempunyai rekaan seakan mesin Arked dan mempunyai skrin terbina bersaiz 3.5 inci. Konsol tersebut juga mempunyai picu audio dan juga HDMI yang membolehkan ia dimainkan di kaca TV. Ia juga mempunyai alat kawalan seakan arked yang terbina di konsol tersebut.

Menariknya juga, ia juga menyokong alat kawalan tambahan dimana ia boleh disambung melalui bahagian tepi konsol mini tersebut dan SNK juga tampaknya akan melancarkan juga alat kawalan khas secara berasingan dengan rekaan dua warna hitam dan putih.

Menurut laporan IGN, konsol mini tersebut akan menyertakan 40 permainan secara bersama termasuklah Samurai Shodown, The King Of Fighters, Metal Slug dan Fatal Fury.

Namun, buat masa ini SNK masih belum lagi mengumumkannya secara rasmi. Tambahan juga harga mahupun tarikh pelancaran juga masih belum diumumkan. Seperti biasa, kami akan berkongsinya apabila SNK mengumumkannya kelak.