Informasi Permainan Video Terkini
NES Classic Edition Bakal Kembali Pada Tahun 2018 Oleh Nintendo

NES Classic Edition Bakal Kembali Pada Tahun 2018 Oleh Nintendo

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Tahun lepas, Nintendo melancarkan Nintendo Entertainment System Classic Edition (NES Classic Edition). Konsol bersaiz kecil ini membawakan rekaan seumpama NES tetapi pada saiz yang lebih kompak, serta menyertakan lebih kurang 30 permainan dari konsol asal NES secara terbina padanya.

Pada April yang lepas, Nintendo mengumumkan konsol tersebut sudah tidak lagi dihasilkan. Kini, Nintendo mengumumkan mereka bakal menghasilkan dan menjualkan semula NES Classic pada tahun 2018.

Super NES Classic Mini

Tambahan juga, konsol SNES Classic Edition juga bakal dilancarkan 5 Oktober ini dengan harga RM499 dan Nintendo mengumumkan SNES Classic Edition akan terus dihasilkan sehingga tahun hadapan. Walaubagaimana pun, masih tiada lagi pengumuman rasmi bagi harga NES Classic Edition yang dilancarkan semula, tetapi kami percaya ia akan berharga seperti dengan harga yang ia dilancarkan tahun lepas iaitu RM249.

Bagi anda yang terlepas peluang untuk mendapatkan NES Classic Edition, anda tidak perlu risau kerana anda boleh mendapatkan konsol ini pada tahun hadapan.