M3GAN Dan Scream VI Ke HBO GO Bermula 14 Oktober Ini

Bulan ini adalah bulan di mana Amerika Syarikat menyambut hari Halloween. Ini bermakna setiap platform penstriman video akan menawarkan banyak filem seram yang menarik. Hari ini HBO GO telah mengumumkan beberapa koleksi mereka termasuk Rick & Morty musim ke-7 yang akan tiba pada 16 Oktober nanti.

Dua filem seram yang menarik perhatian saya adalah M3GAN iaitu filem baharu karya James Wan dan Jason Blum mengenai robot AI yang sepatutnya menjadi mainan kanak-kanak tetapi menjadi pembunuh kejam. Filem ini dikatakan akan menjadi permulaan francais seram baharu oleh mereka dan mungkin menggantikan The Conjuring Universe yang akan tamat. Filem ini akan tiba pada 28 Oktober di HBO GO.

Baca – Ulasan – M3GAN

Seterusnya adalah filem sekuel Sream iaitu Scream VI yang tidak ditayangkan di Malaysia. Filem ini mengembalikan Ghostface serta kali pertama melibatkan Jenna Ortega dalam francais filem seram ini. Bukan itu sahaja, pembunuh bersiri yang kejam dan mempunyai niat membalas dendam ini turut telah meninggalkan bandar Woodsboro yang ikonik dan membunuh di bandar New York pula. Filem ini pula akan tiba di HBO GO pada 14 Oktober.

Baca – Ulasan Scream – Inilah Contoh Sekuel Yang Baik

Sohor Kini