Selepas isu serius melibatkan pelakon suara bagi watak Rick dan Morty dalam siri animasi popular untuk tontonan dewasa ini, ramai peminta risau akan nasib untuk musim ketujuh. Hari ini, treler bagi musim ketujuh telah pun dikongsi dengan pelakon suara baharu.

https://youtu.be/BKYJ5AIOU9I

Dalam treler suara Rick dan Morty kedengaran lebih kurang sama sahaja. Jika anda dengar dengan teliti ada suara Morty boleh diterima tetapi suara Rick sedikit lembut dan kesan garau suara watak ini kurang kedengaran. Adult Swim masih tidak mendedahkan siapakah pelakon suara dan bagaimana mereka cuba membawakan suara yang lebih kurang sama.

Musim ketujuh akan mengembalikan pengembaraan angkasa dan multimesta antara atuk dan cucunya dengan pelbagai adegan yang melucukan, ganas, jijik dan penggunaan bahasa kesat yang ikonik dalam siri animasi ini. Siri ini akan disiarkan pada 15 Oktober di HBO GO Asia, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini