Filem Scream 6 Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia Esok

Esok, 10 Mac adalah tarikh sepatutnya filem Scream VI iaitu sekuel kepada Scream V yang ditayangkan pada tahun lepas. Tetapi dalam semakan kami, filem ini tidak disenaraikan di mana-mana pawagam baik TGV atau GSC.

Malah dalam semakan di laman web Cinema Online, tarikh tayangan Scream VI turut telah dibuang. Siaran di Facebook TGV dan GSC kali terakhir adalah pada 24 Januari dan 14 Februari dengan masing-masing berkongsi senarai filem bulan Mac tanpa ada Scream VI.

Pihak studio dan pawagam masing-masing tidak mendedahkan sebab kenapa Scream 6 tidak lagi disenaraikan. Tetapi ramalan kami adalah filem ini terlampau ganas dan penapisan perlu dilakukan sekali lagi mungkin untuk penggunaan rating baharu LPF.

Tahun lepas Scream V ditayangkan dengan satu adegan dipotong yang terus merosakkan jalan cerita filem.

Sohor Kini