Netflix Membatalkan Siri The Midnight Club Selepas Satu Musim

The Midnight Club adalah siri seram terbaru Mike Flanagan di Netflix. Siri ini diadaptasi daripada novel dengan judul sama. Siri ini disiarkan pada 7 Oktober lepas, dan menerima rekod Guinness World untuk jumlah jump scare terbanyak.

Menurut laporan The Wrap, Netflix telah membatalkan siri TV ini selepas satu musim dan ia tidak akan diteruskan lagi untuk musim kedua.

The Midnight Club tidak menerima sambutan yang begitu baik berbanding dengan siri TV Flanagan lain seperti The Haunting of Hill House, The Haunting of Bly Manor atau The Midnight Mass. Siri ini hanya berada di carta Top 10 Netflix untuk tiga minggu dengan jumlah tontonan yang tidak memberangsangkan. Ia juga hanya berada di nombor 4 pada minggu pertama dengan 18.8 juta jam tontonan, nombor tiga pada minggu kedua dengan 14.9 juta jam, dan jatuh ke nombor 5 pada minggu ketiga ditewaskan dengan Dahmer, The Watcher serta Guillermo del Toro’s Cabinet of Curiosities.

Siri TV ini mengisahkan sekumpulan pemuda yang berkongsi cerita seram yang berbeza. Mereka menjadikan aktiviti menyampaikan cerita ini sebagai satu ritual dan jika salah seorang daripada mereka mati terlebih dahulu, mereka harus menghubungi semula setiap ahli dari alam ghaib.

Mike Flanagan juga sudah tamat kontrak beliau dengan Netflix dan studio beliau bersama Trevor Macy iaitu Intrepid Pictures sudah menandatangani perjanjian jangka masa panjang bersama Prime Video pula.

Sohor Kini