Mike Flanagan adalah nama yang terkenal dengan banyak siri seram. Studio beliau iaitu Intrepid Pictures bertahun mempunyai perjanjian bersama Netflix untuk siri seperti The Haunting of Hill House, The Haunting of Bly Manor, Midnight Mass dan yang terkini The Midnight Club.

Kontrak Mike Flanagan dan Trevor Macy iaitu rakan beliau bersama Netflix sudah pun tamat dengan siri terakhir adalah The Fall of the House of Usher berdasarkan karya Edgar Allen Poe yang dijangka tiba tahun 2023. Kini Deadline melaporkan, Mike Flanagan telah menandatangani perjanjian bersama Prime Video.

Akan datang, pelbagai karya Mike Flanagan dan Trevor Macy akan menjadi eksklusif kepada Prime Video. Mereka mungkin akan kekal fokus kepada kandungan seram seperti di Netflix dan dengan perjanjian untuk beberapa tahun ini – peminat Mike Flanagan boleh terus saksikan karya beliau di Prime Video.

Sohor Kini