Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Mike Flanagan akan kembali dengan siri TV seram di Netflix, selepas filem seram beliau Midnight Mass. Siri ini adalah antologi seram yang diadaptasi daripada novel popular di Amerika Syarikat – The Midnight Club.

Siri TV ini mengisahkan sekumpulan pemuda yang berkongsi cerita seram yang berbeza. Mereka menjadikan aktiviti menyampaikan cerita ini sebagai satu ritual dan jika salah seorang daripada mereka mati terlebih dahulu, mereka harus menghubungi semula setiap ahli dari alam ghaib.

Treler yang dikongsi memperlihatkan setiap ahli di lokasi seakan perpustakaan di malam hari yang menyeramkan dan ada bayangan malaikat maut menanti. Siri ini akan disiarkan pada 7 Oktober akan datang di Netflix.

Sohor Kini