The Midnight Club adalah siri seram baharu Netflix daripada Mike Flanagan, iaitu penerbit sama dengan siri The Haunting of Hill House. Siri ini dikatakan adalah seakan satu antologi di mana akan ada kisah seram berbeza setiap episod, tetapi masih berkait antara satu sama lain.

Netflix baru-baru ini berkongsi treler penuh pertama bagi siri TV ini;

The Midnight Club dilihat akan memfokuskan kepada tujuh orang yang sedang sakit tenat yang tinggal di Brightcliffe, iaitu seakan satu pusat jagaan untuk semua pesakit meluangkan masa terakhir mereka dengan mengenali orang-rang baharu dengan pemantauan oleh Dr. Georgina Stanton.

Tetapi pusat jagaan ini dilihat bukan untuk menjaga mereka, sebaliknya mempunyai perkara misteri yang ingin mempercepatkan kematian masing-masing. Setiap pesakit ini turut dilihat berkumpul pada setiap tengah malam berkongsi cerita seram yang akan menyebabkan kematian salah seorang daripada mereka yang kemudiannya akan menghantui yang lain.

Antara pelakon dalam siri ini adalah Iman Benson, Igby Rigney, Aya Furukawa, Annarah Cymone, William Chris Sumpter, Sauriyan Sapkota, dan Heather Langenkamp. Siaran akan bermula di Netflix pada 7 Oktober akan datang.

Sohor Kini