The Midnight Club adalah siri seram baharu Mike Flanagan yang baru sahaja disiarkan di Netflix beberapa hari lepas. Ia diadaptasi daripada novel seram remaja dengan judul sama karya Christopher Pike dan diolah menjadi siri TV oleh Flanagan dan Leah Fong.
The Midnight Club kini dilaporkan telah menerima Guinness World Record untuk siri TV seram dengan jumlah takut kejut (jump scare) terbanyak, iaitu sebanyak 21 kali.

Siri seram ini mengisahkan lapan remaja yang sakit di Brightcliffe Hospice, Ilonka (Iman Benson), Cheri (Adia), Kevin (Igby Rigney), Sandra (Annarah Cymone), Natsuki (Aya Furukawa), Anya (Ruth Codd), Amesh (Sauriyan Sapkota), dan Spencer (Chris Sumpter). Setiap tengah malam mereka akan berkumpul di perpustakaan dan berkongsi kisah seram dan akan mencuba cari/seru roh/hantu untuk mencabar diri.
Ini adalah satu rekod bagi siri TV oleh Mike Flanagan kerana beliau bukan sutradara yang menggemari takut kejut, tetapi menurut beliau – dengan The Midnight Club beliau ingin cuba sesuatu yang berbeza.