The Boys adalah siri TV adiwira dengan aksi yang ganas, ngeri, dahsyat serta mempunyai konsep dunia adiwira yang menarik dengan jalan cerita yang boleh dikatakan memuaskan serta idea segar. Ia adalah satu adaptasi daripada komik dengan judul sama.

Musim ketiga The Boys baru sahaja disiarkan 3 Jun lalu, dengan episod keempat disiarkan semalam 10 Jun. Menurut Amazon, pada 3 Jun sahaja penonton siri The Boys meningkat lebih 17% berbanding musim kedua dan lebih 234% daripada musim pertama. Jelas sekali, The Boys sekali lagi berjaya menarik perhatian orang ramai.

The Boys juga disahkan akan diteruskan dengan musim keempat. Siri antologi animasi The Boys: Diabolical turut dikatakan akan diteruskan dengan musim kedua. Sony Pictures TV dan Amazon Studios juga sedang sibuk dengan penggambaran siri sampingan yang memfokuskan sebuah institut pembelajaran khusus untuk individu yang ada kuasa.

Selain The Boys, Prime Video turut memegang satu lagi IP adiwira yang mempunyai ramai peminat – ia adalah Invincible.

Sohor Kini