Dua musim The Boys sudah pun disiarkan dan ia boleh dikatakan antara siri TV adiwira yang berjaya. Dengan kejayaan ini, Eric Kripke, selaku penulis/pengarah/penerbit bagi siri TV mengesahkan yang beliau ingin kembangkan dunia The Boys dengan siri sampingan pula.

Siri ini tidak akan mempunyai kaitan dengan The Boys, tetapi masih berlaku di dalam dunia yang sama. Ia mengisahkan remaja-remaja eksperimen syarikat Vought yang mempunyai kuasa luar biasa dan sedang belajar di dalam satu lokasi seakan Universiti Vought. Tema siri TV ini adalah gabungan drama di kolej pelajar dan juga Hunger Games.

Terkini, Illuminerdi telah mendedahkan senarai watak yang mungkin akan menjadi fokus utama dalam siri sampingan ini. Marie Moreau, gadis berkulit gelap 18 tahun yang sangat bersemangat. Orang Caribbean pertama ada kuasa luar biasa dan berniat ingin menjadi wirawati dunia. Kemudian adalah Emma, juga gadis 18 tahun lahir tetapi berasal dari Malibu. Juga seorang gadis yang bersemangat dan aktif. Beliau adalah anak kepada seorang Supe terkenal dan cuba hidup berahsia agar tiada orang tahu asal-usul beliau.

Diteruskan dengan watak Jordan Lee gadis asia 18 tahun adik kembar kepada Mark Lee. Kedua-dua kaki parti, penagih dadah, yang cuba berubah ke arah kebaikan. Turut disertakan adalah watak Britney, iaitu selebriti berusia sekitar 20 tahun. Beliau sebelum masuk ke kolej adiwira ini adalah selebriti dalam siri muzikal Vought+. Disebabkan dadah, beliau cuba memasuki kolej ini untuk kembali membina nama.

Andre a.k.a Polarity, seorang pelajar senior atau pelajar popular. Pelatih kepada semua adiwira dalam pusat pengajian ini. Mempunyai hati yang baik seperti seorang adiwira. Akhir sekali Golden Boy seorang pelajar senior 22 tahun yang ada kuasa termonuklear dan mempunyai perwatakan karisma tinggi. Ada masalah dengan masyarakat mungkin seakan Homelander? Nick Jonas dilaporkan menjadi calon, tetapi tidak pasti.

Sama-sama kita nantikan butiran lanjut seperti kuasa setiap watak dan sinopsis penuh.

Sohor Kini