The Boys Musim Ke-3 Kini Boleh Distrim Di Prime Video

The Boys adalah siri TV asli Prime Video yang diadaptasi daripada komik. Ia adalah kisah adiwira yang berbeza dengan Marvel atau DC, kerana ia mempunyai jalan cerita dengan aksi yang lebih ganas, ngeri dan memfokuskan kepada penonton yang lebih matang.

Ia sudah pun mempunyai dua musim dan peminat kini sedang menantikan musim ketiga. Dalam musim ketiga, pasukan Butcher akan kembali menentang The Seven iaitu adiwira jahat di bawah Vought International. Musim baru ini juga akan menyertakan watak baru, iaitu Soldier Boy.

Dalam treler kita sudah lihat yang Butcher akan menerima kuasa dan bukan lagi manusia biasa untuk menentang musuh ketat beliau Homelander yang psiko. Bagi yang ternanti-nantikan siri TV ini, tiga episod pertama The Boys sudah boleh distrim bermula hari ini di Prime Video.

Sohor Kini