Robert Kirkman terkenal sebagai penulis komik The Walking Dead, Ultimate X-Men, dan beberapa komik Marvel. Antara karya lai beliau yang popular adalah Invincible iaitu komik adiwira Image Comics Universe (ICU). Komik ini memfokuskan kepada watak Invincible, seorang adiwira yang di belakang topeng adalah Mark Grayson. Beliau adalah anak kepada Omni-Man, iaitu makhluk asing dari kaum Viltrumite.

Amazon Prime Video telah hadir dengan siri animasi berdasarkan komik ini, di mana musim pertama tamat hari ini dengan episod kelapan. Invincible turut terkenal dengan adegan ganas gila, ngeri dan mengejutkan. Tahap keganasan adalah seakan Fatality dalam Mortal Kombat atau siri TV The Boys.

Robert Kirkman baru-baru ini telah mengesahkan di Twitter melalui ‘panggilan video’ kepada Steve Yeun (pelakon suara Invincible), siri animasi ini akan diteruskan sehingga musim kedua dan musim ketiga.

Suara OmniMan dibawakan oleh J. K. Simmons. Populariti komik ini turut mengundang kepada rancangan filem aksi-nyata yang masih dalam pembangunan. Jika anda rasakan The Boys begitu ganas dalam bentuk aksi-nyata, animasi yang ganas ini mungkin untuk anda.

Sohor Kini