Embracer Group pada awal bulan ini telah mengumumkan yang mereka bakal mengambil-alih beberapa studio daripada Square Enix, antaranya adalah Eidos, Crystal Dynamics dan Square Enix Montreal. Bersama dengan permainan ini, mereka juga mendapatkan IP-IP terkenal seperti Tomb Raider, Deus Ex, Thief dan Legacy of Kain.

Di dalam laporan kewangan untuk syarikat tersebut (dilaporkan oleh Eurogamer) mereka telah mengatakan yang IP-IP tersebut mempunyai potensi besar untuk pelbagai jenis kandungan. Bukan sahaja permainan baharu, tetapi juga permainan olahan semula, penambah-baikkan, permainan sampingan dan juga hadir dengan kandungan di dalam media yang berlainan.

Buat masa ini, hanya Tomb Raider yang sedang dibangunkan, di mana Crystal Dynamics telah mengumumkan perkara tersebut sebelum pengumuman mengenai pengambil-alihan ini berlaku dan kami merasakan tiada perubahan mengenainya. Ia juga merupakan IP yang sudah menjadi filem dan bakal dijadikan sebagai siri animasi oleh Netflix.

Square Enix sebelum ini mengumumkan yang penjualan studio-studio dan juga IP ini membolehkan mereka untuk melakukan lebih pelaburan di dalam cabang yang berlainan antaranya adalah rantaian blok, AI dan awan.

Sohor Kini