Epic Games telah berkongsi perkembangan terbaru mengenai enjin permainan mereka iaitu Unreal Engine 5, dan antara yang melakukan perkongsian adalah Crystal Dynamics iaitu studio di bawah Square Enix.

Mereka mengumumkan yang pembangunan untuk permainan baharu Tomb Raider kini bermula dan ia akan menggunakan enjin permainan tersebut. Anda boleh tonton video pengumuman di bawah.

Dengan pengumuman ini, boleh dikatakan yang Tomb Raider kembali ke tangan Crystal Dynamics selepas Shadow of the Tomb Raider dibangunkan oleh Eidos Montreal, manakala Crystal Dynamics membangunkan Marvel’s Avengers.

Square Enix sebelum ini telah mengatakan yang ia adalah satu kesilapan memberikan Marvel’s Avengers kepada Crystal Dynamics yang tidak berpengalaman di dalam membangunkan permainan ‘live service’. Oleh itu agak melegakan untuk melihat mereka kembali membangunkan permainan yang benar-benar memperlihatkan kekuatan mereka sebagai studio yang baik.

Sohor Kini