Embracer Group iaitu syarikat induk untuk pelbagai studio permainan video seperti THQ Nordic, Gearbox, dan Koch Media telah mengumumkan yang mereka di dalam persetujuan untuk ambil alih Eidos, Crystal Dynamics dan Square Enix Montreal daripada Square Enix.

Bersama dengannya mereka akan mendapat pelbagai IP permainan seperti Tomb Raider, Deus Ex, Thief dan pelbagai lagi.

Pengambil-alihan ini akan menelan perbelanjaan sebanyak $300 juta, di mana Embracer Group akan membayar secara tunai tanpa hutang kepada Square Enix.

Baru-baru ini Crystal Dynamics telah mengumumkan yang mereka akan membangunkan permainan baharu untuk siri Tomb Raider menggunakan Unreal Engine 5. Oleh itu, tampaknya permainan tersebut tidak lagi akan diterbitkan oleh Square Enix.

Sohor Kini