Netflix boleh dikatakan diantara platform penstriman siri televisyen dan filem yang menitikberatkan industri animasi didalam penawaran mereka.
Terkini, nampaknya Netflix bakal hadir dengan dua siri animasi baru berdasarkan tajuk filem dan permainan video yang cukup popular, iaitu Skull Island dan Tomb Raider.
Skull Island ialah filem yang memperkenalkan watak Kong, seekor gorilla gergasi, manakala Tomb Raider ialah siri permainan video yang memaparkan kisah pengembara fikyen popular, Lara Croft.
Menurut Netflix, Skull Island akan mempunyai jalan ceritanya sendiri, manakala Tomb Raider pula akan meneruskan penceritaan selepas trilogi permainan Tomb Raider yang berakhir dengan Shadow of Tomb Raider.
Netflix juga mengumumkan beberapa nama yang akan mengarah kedua-dua siri animasi ini, dan buat masa ini ia diketahui bahawa Powerhouse Animation yang bertanggungjawab untuk Castlevania dan Blood of Zeus akan menganimasi siri Skull Island.
Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah kedua-dua siri animasi ini akan ditayangkan di platform Netflix.