Sejak 1 Jun 2021 semalam, perkhidmatan penstriman video Disney+ yang ramai nanti-nantikan sudah boleh dilanggan dan diakses. Platform ini dibawa ke Malaysia melalui Hotstar dan di bawah Astro, iaitu Disney+ Hotstar dan tidak sama seperti seperti Disney+ di Amerika Syarikat. Harga langganan juga buat masa ini masih terhad kepada RM54.90 untuk tiga bulan atau RM5 tambahan sebulan pada bil Astro.

Disney+ Hotstar membawakan pelbagai kandungan asli Disney+ termasuk francais Star Wars, filem-filem Marvel, siri TV MCU, kandungan terpilih daripada Hulu, pelbagai filem dan siri TV asli tempatan baharu, dan banyak lagi. Seja12 tengah hari tadi, pelanggan Astro sudah boleh mula mengaktifkan akses Disney+ mereka melalui portal khas – astro.com.my/disney. Selesai pendaftaran, anda boleh muat turun aplikasi Disney+ Hotstar di gedung aplikasi Play Store atau App Storeuntuk telefon atau tablet anda. Pada televisyen, Android TV juga sudah ada di Play Store. Platform lain terhad melalui pelayar web lagi buat masa ini.

Di Aksiz, kami juga telah banyak mengulas filem yang kini anda boleh strim terus di Disney+ Hotstar. kemasukan Disney+ dengan Astro ini pasti langkah awal bagi rancangan Sooka mereka.

Sohor Kini