Apabila Disney membeli Fox, pelbagai hak intelek turut dimiliki oleh mereka bersama-sama dengan pelbagai produk dan perkhidmatan. Hulu adalah antara platform menarik yang selama ini boleh diakses di negara seperti Amerika Syarikat sahaja.

Disebabkan Hulu tiada di Malaysia, antara kandungan Marvel eksklusif Hulu akan tiba di Disney+ Hotstar Malaysia. Siri animasi terkini adalah M.O.D.O.K. kemudian anda boleh juga akses siri TV seperti Runaways dan Cloak and Dagger.

Bagi yang minat kandungan ke arah pendidikan, beberapa dokumentari seperti siri/filem turut akan tiba. Antaranya adalah Secret of the Whales, Own the Room, Gordon Ramsay: Uncharted, Free Solo, The Right Stuff, The World According to Jeff Goldblum, Genius dan Wicked Tuna.

Bagi yang ingin mengimbau kembali dan ingin teruskan tonton siri TV kegemaran atau animasi, banyak yang anda mungkin kenal turut boleh diakses. Nomadland, Grey’s Anatomy, 9-1-1, Criminal Minds, francais filem Home Alone, The Walking Dead, 24, francais filem Aliens, Avatar, filem-filem Planet of the Apes, siri animasi Family Guy, Fresh off the Boat, Ford V Ferrari, Homeland, sitkom How I Met Your Mother, filem Taika Waititi Jojo Rabbit, Modern Family, The Simpsons, francais The X-Files, It’s Always Sunny in Philadelphia dan banyak lagi semuanya boleh distrim di platform ini.

Filem dan siri asia, termasuk China atau kandungan eksklusif Tamil dan Hindi juga boleh distrim.

  • The Silent Forest, Ip Man 4: The Finale, Agent Mr. Chan, Infernal Affairs, Line Walker 2, The Storm Riders, Number 1 (bermula pertengahan Jun), The Deer and the Cauldron, The Legend of Hao Lan, Nothing Gold Can Stay dan Ruyi’s Royal Love in the Palace
  • Dil Bechara, Lootcase, Khuda Hafiz, Teddy (bermula pertengahan Jun), Big Bull (bermula hujung Jun), 1232 KMS (bermula pertengahan Julai), The Legend of Hanuman (bermula pertengahan Julai), Live Telecast dan Triples
  • Vishwaroopam 1 dan 2, Maari, Thuppakki, Nanban, Kaaka Muttai, Pandian Stores, Bharathi Kannamma, Raja Rani, Super Singer 8 dan Naam Iruvar Namakku Iruvar.

Sohor Kini