Skip to main content

Bila sebut sahaja Astro, semua orang akan cakap “ouh, servis yang asyik ulang cerita sama tanpa henti tu ke? “. Tidak berhenti di situ, kandungan dalam Astro juga semakin lama semakin hambar. Sudahlah bayar bulanan yang mahal, kemudian ada iklan dan banyak kandungan baru perlu bayar lagi melalui Astro On Demand.

Ini membuatkan orang ramai berhenti melanggan Astro dan mula melanggan perkhidmatan penstriman video seperti Netflix, Prime Video, Apple TV+, dan banyak lagi. Tetapi dengan banyak platform penstriman, jika langgan semua – komitmen bulanan menjadi sama atau lebih mahal daripada langganan asal Astro. Untuk saya, saya tidak kisah kerana kandungan yang diterima menarik dan memuaskan. Sedar dengan modal perniagaan penstriman yang semakin menjadi-jadi, Astro secara perlahan beralih ke konsep penstriman video.

Antaranya adalah Astro Go, yang mana pengguna Astro boleh akses langganan mereka dari jarak jauh tanpa bergantung kepada satelit. Kemudian sistem baru Astro yang mana memerlukan Internet, berbanding satelit dan juga kerjasama dengan WarnerMedia untuk HBO GO dan platform lain seperti iQIYI. Terkini, Astro dilaporkan akan menawarkan sehingga 15 perkhidmatan penstriman video dalam satu langganan menjelang 2023.

Pada penghujung Januari 2022, 5-6 platform akan ditawarkan dan lagi 5-6 akan tiba tahun berikutnya. Penawaran Astro ini dikatakan adalah Sooka dan menyasarkan pengguna muda. Ia juga akan mempunyai pengalaman penggunaan yang berbeza agar sesuai dengan golongan pelanggan yang tertentu. Kandungan asli tempatan juga dikatakan akan dimasukkan dalam platform ini.

Sumber menyatakan Astro akan mengumumkan maklumat lebih lanjut pada bulan Mei kelak.

Leave a Reply